Friday, February 4, 2011

Edisi Bisu Tahap Bebal

Attention: Ni versi 2 in 1...diam & bersuara..hehe..kredit to encik ni..(klik sini)

 "Selamat Membaca"
Part 1: Berdiam dulu k..

tak salahkan kalau kita mendiamkan diri..

kadang2..memang menyeronokkan..

memerhati gelagat orang lain..

sampai terfikir sejenak..

mereka ni...bekerja dengan ikhlas ke...atau terpaksa..

kerja untuk hidup ke...atau hidup untuk kerja..



tak salahkan kalau kita mendiamkan diri..

bila berhadapan dengan mereka yang lebih besar pangkatnya..

sapala kita kan jika nak dibandingkan dengan mereka..

terasa jengkel mendengar kata2 si polan ni..

baru je setahun jagung pegang jawatan tu..

tapi dah mula nak tunjuk lagak..



tak salahkan kalau kita mendiamkan diri..

bila mendengar kawan kita sedang bercakap..

mungkin dia nak kongsi masalah...

mungkin dia nak minta pendapat..

tapi janganla terus menyangkal..

mereka tak sempurna..macam kita..



tak salahkan kalau kita mendiamkan diri..

bila ditegur oleh ibu bapa..

bila dinasihati oleh ibu bapa..

mereka lebih tahu peritnya hidup..

mereka lebih tahu apa itu dunia..

sebab mereka hadir sebelum kita..



tak salahkan kalau kita mendiamkan diri..

bila bersama dengan orang yang lebih berpengalaman..

mereka yang merasa dulu...

pahit manis kehidupan..

buang yang keruh...ambil yang jernih..

biarla dimarahi..biarla diuji..

kerna itu satu pengalaman..

yang akan mendewasakan kita..



tak salahkan kalau kita mendiamkan diri..

bila mendengar orang berucap di atas pentas..

biarla mereka dengan agenda mereka..

apa yang betul kita ikuti..

apa yang baik kita teladani..

tapi janganla sampai buta tuli..



tak salahkan kalau kita mendiamkan diri..

bila berada bersama-sama orang lain..

bukanka kita boleh pelajari banyak benda..

tanpa bayaran..tanpa paksaan..

sekadar berdiam diri..mengenal pasti..

apa itu hitam...apa itu putih..

apa itu kebaikan...apa itu keburukan..

kerana hidup ni...umpama berada di pentas lakonan..

kita watak utama..untuk drama/filem kita sendiri..

biarla kita kecil dimata orang..

jangan sampai kita hina dimata mereka..

kerana kita ada hak..

untuk menjadi..lebih baik...dari sebelumnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Part 2: bersuara la..^^

tapi..

janganla sampai tak mampu bersuara pula..

bersuarala bila perlu..

bersuarala bila dianiya..

bersuarala bila difitnah..

bersuarala bila dikeji..

kerana

mereka tak semestinya sentiasa benar...

kita juga tak semestinya salah..


"suarakanlah apa yang anda fikirkan...

apa yang ada di hati..

kalau anda rasa perlu..

tapi berdiamla bila anda tahu anda salah..

janganlah terlalu ego..

kerana ego yang tinggi..

cuma akan memakan diri.."




ps: berblog ni sama macam kita mendiamkan diri...
menaip apa yang kita fikirkan..apa yang kita dah alami..
ataupun apa yang kita rasa..





















2 comments: